1) PERKAUMAN
Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.
Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).
Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.
v PUNCA BERLAKUNYA ISU13 MEI 1969
Rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk. Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut.
Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya.
Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu yang disokong oleh polis dan tentera untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu.
Beliau berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut. Sebagai contohnya, kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku.
Tambahnya, dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk mentadbir negara satu petanda wujudnya komplot mengenainya. Manakala perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya, termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971).
Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku keadaan amat tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk meredakan ketegangan keadaan ini kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal
Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.
Majlis perundingan negara telah ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan Negara telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia.
Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara yang dibentk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia.
Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara yang dibentk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia.
Melalui dasar ekonomi baru ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidak seimbangan kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati anatara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah.
Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990.
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia telah dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan agama Malaysia tidak lari daripada aspek kepelbagaian budaya anatara satu sama lain. Melalui dasar ini unsur-unsur kebudayaan dapat dignakan untuk membentuk warganegara yang lebih baik dan membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia.
2) HIBURAN MELAMPAU
ISU DAN PUNCA
Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme initelah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan muda mudi.
Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.
Salah satu faktor penting yangmenyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa samaada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangatbanyak kepada aspek hiburan,.Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya.
Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘rebel’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain.
KESAN
Dalam kajian kami mencari kesan tiada ksan baik yang kami temui
antara kesan yang kurang baik ialah :
antara kesan yang kurang baik ialah :
1. Sikap pentingkan kemewahan.
2. Peningkatan kes jenayah.
3. Keruntuhan akhlak dalam golongan remaja.
4. Terapan nilai nilai negatif.
5. Menggagalkan usaha remaja menjadi golongan yang manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi
6. Meningkatkan gejala sosial dalam kalangan remaja dan belia
7. Menyebabkan generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar.
8.Menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan.
9. Golongan remaja dan belia semakin jauh dari
pada nilai-nilaikeagamaan.
10. Maruah keluarga tergadai
CARA MENGATASI
1. Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.
2. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
3. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka.
4. Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
5, Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak kepada kebaikan dan positif.
6. Berjumpa dengan guru atau orang yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang baik.
3) UNSUR-UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM
- Khurafat secara bahasa berarti takhayul, dongeng atau legenda
- Dalam kamus munawir khurafat diertikan dengan: hal yang berkenaan dengan kepercayaan yang tidak masuk akal (batil)
Pengertian khurafat dalam Islam
Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam .
Berdasarkan pengertian di atas, khurâfat mencakup cerita dan perbuatan yang direka-reka dan bersifat dusta. Begitu juga dengan pemikiran yang direka-reka merupakan salah satu bentuk khurafat.
Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar." Surah al-Nisa’, ayat 48
Khurafat ditakrifkan sebagai cerita mempesonakan yang dicampur-adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut.
Firman Allah:
وأنه كان رجال من الإنس يعوذون برجال من الجن فزادهم رهق
Maksudnya
Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka. (Al-Jin 72: 6)
Contohnya,
kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat yang kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh nenek moyang, kubur wali keramat dan sebagainya.
Begitu juga kepercayaan kepada sial seperti adat mandi Safar, adat mandi membuang sial, bunyi burung hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat.
Masih ada orang Islam yang tergamak memohon bantuan dari jin seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat main pantai dan seumpamanya.
Tidak kurang petani dan nelayan yang masih percaya kepada bertambah dan berkurangannya rezeki sehingga ada yang memuja semangat padi seperti bersemah dan membuang ancak di sungai atau laut (nelayan).
Kebanyakkan filem seram di Malaysia menunjukkan amalan-amalan khurafat kepada khalayak ramai seperti amalan menyembuhkan penyakit dengan berjumpa dengan bomoh bagi meminta untuk disembuhkan. Sebagaimana yang diketahui amalan ini memerlukan komunikasi antara manusia(bomoh) dan jin atau syaitan.
Amalan seterusnya adalah melalui filem ‘Ngangkung’ di mana amalan memuja di kawasan tanah perkuburan untuk meminta petunjuk mengenai nombor ekor. Tiga watak utama filem tersebut bersama bomoh telah menjalankan amalan tersebut di sebuah kubur lama dengan beberapa jenis jampi.
I
ISU ISU SEMASA AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT
i) Filem
- Filem "Hantu Bonceng" yang mengaut keuntungan RM8 juta dikritik hebat kerana mempunyai dialog pelakonanya iaitu Zizan Razak jelas sekali menghina Rasulullah SAW dengan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjiddan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu. Seterusnya, terdapat satu babak cerita Puteri Mardianah yang menonjolkan adegan memakan daging dan ulat penuh rakus dalam keadaan dirasuk.
ISU ISU SEMASA AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT
i) Filem
- Filem "Hantu Bonceng" yang mengaut keuntungan RM8 juta dikritik hebat kerana mempunyai dialog pelakonanya iaitu Zizan Razak jelas sekali menghina Rasulullah SAW dengan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjiddan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu. Seterusnya, terdapat satu babak cerita Puteri Mardianah yang menonjolkan adegan memakan daging dan ulat penuh rakus dalam keadaan dirasuk.
ii) Akhbar
- Melalui kolum nasionalnya pada 10 Januari 2011 telah menyiarkan sebuah berita bertajuk "Ustaz bukan penghakau hantu: Tanggungjawab sebenar pendakwah dalam filem seram perlu diperbetul". Berita tersebut turut memuatkan petikan pendapat Ustaz Mohd Azahari Yusuf, Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia sepertimana yang dilaporkan Bernama. Beliau mengatakan bahawa "pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dahulu peka terhadap peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata". Manakala bagi pendakwah bebas, Ustaz Daud Che Ngah dalam berita yang sama berkata "Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu daripada Allah dan ia tidak sewajarnya kerana melemahkan minda umat Islam".
iii) Internet
- sememangnya tidak dinafikan dalam dunia global hari ini , kita dihujani dengan pelbagai informasi, cerita , artikel, dokemantari, gossip dan sebagainya lagi kesan daripada pembangunan sistem jaringan internet yakni suatu program yang membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain tanpa ada sempadan ruang masa dan tempat kerana ianya semuanya berada dihujung jari setiap individu dan bezanya cuma mahu atau tidak. Walaubagaimanapun sedar atau tidak bahan bacaan ataupun bahan multimidea yang berbentuk seperti video, flash dan lain-lain yang kita perolehi daripda internet bukanlah mempunyai kebolehpercayaan dan keabsahan tentang isi kandungan yang dihuraikan dalam sebuah blog atau laman web tersebut, kerana ianya bukanlah ditapis oleh jabatan-jabatan tertentu sebaliknya atas kehendak pemilik laman tersebut samada mahu bersifat jujur dalam menyampaikan apa yang benar. Oleh yang demikian kemungkinan ianya bersifat rekaan atau fantasi yang direka-reka semata-mata dan bukannya bersifat realistik sebagaimana yang kita harapkan. Malangnya kelemahan ini dijadikan oleh pihak-pihak yang tertentu sebagai medan untuk mereka memberi dan menyampaikan apa yang ingin dicoretkan tanpa menilai dan memikirkan tentang aspek budaya, tuntutan agama, norma serta nilai-nilai mulia yang wujud dalam fitrah sebagai seorang manusia. Maka tidak hairanlah pengaruh asing boleh wujud dalam dunia tanpa wayar (internet).
AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT
i) Menyembah kubur
Puja kubur adalah sebahagian daripada amalan sesetengah orang Melayu yang masih tebal dengan adat istiadat dan tradisi Melayu kuno dengan agama Hindu puja Dewa. Mereka percaya bahawa penghuni kubur itu boleh menghasilkan hajat mereka apabila di minta terutamanya apabila mereka berada di dalam kesusahan.
Kebiasaanya beberapa jenis makanan atau " jamu " seperti ayam panggang, bertih, pulut kuning, pisang emas dan lain-lain lagi di bawa dan diletakkan di atas kubur itu sebagai jamuan untuk penghuni kubur tersebut, sebelum meminta sesuatu hajat.
ii) Percaya kepada tangkal
Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan hadis ini sahih,
Maksudnya: “Barangsiapa yang menggantung tamimah (tangkal), maka sungguh dia telah syirik.” (Musnad Ahmad bin Hanbal, 4/156)(dipetik dari:http://ilmuanmalaysia.com/khutbah-jumaat-amalan-syirik-dalam-masyarakat-malaysia/)
Tangkal merupakan sesuatu benda yang sering dipakai oleh mereka yang ingin menghindarkan diri dari dari sebarang kemudaratan dan penyakit.Contohnya,Kadang-kadang kita lihat masyarakat kita bila mana anaknya menangis tidak berhenti, dia pergi ke hujung kampung kepada orang yang boleh menghentikan tangisan anaknya. Diletakkannya benang supaya boleh menghilangkan tangisnya. Kadang-kadang memang betul tidak menangis budak itu. Maka percayalah dia kepada tangkal itu.Selain itu,ada sesetengah individu percaya bahawa tangkal juga dapat memberi kekuatan luar biasa sehingga membuatka dirinya merasa kuat seperti badan menjadi kebal dan boleh mengangkat batu yang besar.
iii) Kepercayaan kepada kekuasaan jin.
Kepercayaan kepada kuasa jin sangat dilarang oleh agama kerana ia adalah bentuk kepercayaan kepada kuasa-kuasa ghaib yang bertentangan dengan agama kita.Contohnya,kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat semah pantai dan sebagainya.Selain itu,ada juga mereka yang menjadikan jin itu sebagai pelindung untuk melindungi keluarga,rumah dan harta benda sehingga mereka sanggup membela saka seperti saka harimau,saka monyet dan sebagainya.
iv) Mendirikan rumah baru
· Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi/ emas/ perak/ tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena denga keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.
CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT
i) PERANAN KERAJAAN
- Menapis filem yang mempunyai adegan yang mendorong ke arah perbuatan syirik dan khurafat sebelum ditayangkan kepada orang awam.
- Mengadakan kempen "khurafat dan syirik dalam islam" serta penerbitan buku-buku agama untuk proses pembelajaran masyarakat bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai berkenaan kesan khurafat dan syirik dalam kehidupan.
- Lebih banyak mengeluarkan filem dan program dakwah yang berunsurkan kerohanian kepada masyarakat seperti halaqah,al-kuliyyah dan tanyalah ustaz untuk menambah pemahaman mengenai bahaya amalan syirik dan khurafat.
ii) PERANAN MASYARAKAT
Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini ialah:
- Sentiasa mengambil berat isu-isu semasa berkenaan amalan khurafat dan syirik seperti pemujaan kubur,amalan-amalan ritual di kawasan sekeliling yang semakin berleluasa dalam negara untuk membantu kerajaan mengatasi masalah ini.
- Membuat rondaan di tempat-tempat yang selalu menjadi pusat pemujaan seperti kawasan perkuburan dan mengambil tindakan segera sekiranya ternampak amalan tersebut sedang dilakukan.
iii) PERANAN KELUARGA
Kepesatan ekonomi pada masa kini menyebabkan ibu bapa sering mengabaikan keluarga demi mengejar wang semata-mata.Hal ini menyebabkan anak-anak terabai dan mudah terpengaruh dengan dunia luar sehingga sesetengah mereka terpangaruh dengan perbuatan syirik dan khurafat.Oleh itu,ibu bapa perlulah sentiasa mengawasi tindakan anak-anak semasa berada di dalam atau di luar rumah,memerhati tingkah laku anak-anak dan sentiasa bertanya apa yang sedang dilakukan mereka.Selain itu,ibu bapa perlulah mengelakkan anak-anak kecil daripada menonton filem-filem yang mempunyai unsur khurafat dan lebih banyak memberi tontonon yang boleh merangsang pembesaran mereka seperti program kanak-kanak.
iv) PERANAN DIRI SENDIRI
Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh yang besar kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka.
4) KESANTUNAN BAHASA
DEFINISI KESANTUNAN BAHASA
Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
KONSEP KESANTUNAN
Kesantunan ialah usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (Brown & Levin-son)
Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung (Asmah, 2000:88)
Perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman (Bayraktaroglu. 1997:5)
RUMUSAN KONSEP KESANTUNAN
Kesantunan merupakan penggunaan kata-kaa atau perlakuan yang;
Sesuai
Tidak menimbulkan konflik
Sentiasa menjaga muka pendengar
Ikhlas
Merangkumi hubungan manusia-manusia, manusia-khalik
MODEL KESANTUNAN BAHASA
* Model Kesantunan Lakoff (1975):
o Jangan memaksa
o Berikan pilihan
o Jadikan pendengar selesa
* Model Kesantunan Asmah (2000)
o Kesantunan Asas: Kesantunan yang sedia ada – sikap berbaik-baik dalam masyarakat
o Kesantunan Berkendala: usaha yang dilakukan dalam sesuatu interaksi
§ Siapa yang bercakap?
§ Apa yang dicakap?
§ Di mana percakaan berlaku?
§ Mengapa percakapan berlaku?
§ Bagaimana cara percakapan disampaikan?
ISU-ISU KESANTUNAN BAHASA DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA.
Para remaja tidak menghormati orang tua mereka dengan tidak memanggil mereka dengan panggilan yang sepatutnya. Hal ini mungkin disebabkan oleh terlalu terdedah dengan filem-filem dari barat yang difikirkan lebih menarik dari filem tempatan. Dalam konteks ini, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting mempengaruhi orang ramai melupakan budaya sendiri. Generasi kini banyak memggunakan bahasa singkatan dalam komunikasi. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menyumbang kepada penggunaan perkataan singkat dengan meluas. Sebagai contoh penggunaan “awk tgh wt pe” disamping “awak sedang membuat apa”. Hal ini banyak mempengaruhi penulisan dalam urusan rasmi. Tambahan pula, penggunaan bahasa pasar juga banyak digunakan dalam aktiviti seharian. Contohnya “dia punya rumah” walhal “rumah itu kepunyaan dia”. Hal ini demikian, mempengaruhi penggunaa kesantunan bahasa.
KESANTUNAN VERBAL DAN NON VERBAL
Kesantunan Verbal
- Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab.
- Dikenali sebagai kesantunan berbahasa.
- Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan.
- Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.
- Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan- rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umum dan lain-lain lagi.
- Secara ringkasnya, konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.
- Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan.
- Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa-apa yang ingin disampaikan.
- Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut.
- Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain.
- Bertanya Khabar
- “Apa khabar? Lama kita tidak berjumpa."
- “Assalamualaikum”.
- Contoh lain: Terima kasih, Sila duduk dan sebagainya.
Kesantunan Non Verbal
- Kesantunan non verbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan.
- Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan dan gerakan tubuh.
- Tidak kira sama ada melalui verbal atau non verbal, konsep kesantunan berbahasa itu perlu ada pada setiap insan di atas muka bumi ini.
- Konsep kesantunan berbahasa non verbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.
- Bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata memainkan peranan yang sama penting untuk melestarikan konsep kesantunan non verbal itu.
- Ekspresi muka dapat menjadi sumber informasi yang menggambarkan keadaan emosional seseorang, seperti: perasaan takut, marah, jijik, muak, sedih, gembira, dan minat. Melalui ekspresi muka, orang akan mengetahui perasaan kita dengan melihat ekspresi muka kita.
- Melalui mata pula, kita boleh mengetahui bagaimana sikap seseorang, adakah seseorang itu bersiap sedia untuk berinteraksi, adakah seseorang itu memberi perhatian terhadap penutur atau tidak.
- Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah :
- Pengulangan (repeating) – mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.
- Penggantian (substituting) – menggantikan verbal dengan simbol atau lambang.
- Kontradiksi (contrast/ regulating) – menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan non verbal.
- Pelengkap (complement) – melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.
- Penegasan (accenting/ moderating) – menegaskan dan mengukuh
- Bertanya Khabar
- “Apa khabar? Lama kita tidak berjumpa."
- “Assalamualaikum”.
- Contoh lain: Terima kasih, Sila duduk dan sebagainya.
- Pengulangan (repeating) – mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.
- Penggantian (substituting) – menggantikan verbal dengan simbol atau lambang.
- Kontradiksi (contrast/ regulating) – menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan non verbal.
- Pelengkap (complement) – melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.
- Penegasan (accenting/ moderating) – menegaskan dan mengukuh


No comments:
Post a Comment